Masalah Niat Dalam Solat Ketika Takbiratul Ihram

0 comments
http://www.papyrusbooks.net/books/shalatvcd.jpg

MAKLUMAT PERTAMA

Dari laman web Jabatan Mufti Kerajaan Brunei. URL http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun00/h_niat.htm

Tajuk: BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN NIAT DALAM SEMBAHYANG

Terdapat setengah orang yang terlalu susah untuk menyertakan niatnya semasa takbîratul ihrâm, sehinggalah berulang-ulang kali mengangkat takbir. Kadang-kadang sampai imam ruku dulu barulah dia dapat menyempurnakan niatnya.

Ada pula setengah orang itu seperti orang bermain bunga silat ketika mengangkat takbîratul ihrâm. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan kesahîhan dan kesempurnaan ibadat sembahyangnya, kiranya sebutan kalimat takbîratul ihrâm iaitu “Allahu Akbar” melebihi daripada harakat yang dibenarkan iaitu tidak melebihi empat belas harakat (tujuh alif). Kemudian, dari segi pergerakan tanganya boleh jadi melebihi had yang dibenarkan iaitu tiga kali pergerakan.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan oleh penyakit was-was yang berpunca daripada gangguan syaitan. Seseorang akan berasa was-was dengan perbuatan yang dilakukan sama ada sudah sempurna atau belum.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain, dia membaca lailahaillallah.jpg sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir ini dia akan lari menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat lailahaillallah.jpgjuga adalah induk segala zikir.

Para ulama juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit was-was ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah. As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abu al Hawari berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

Menurut riwayat yang shahîh daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim ada disebutkan, bahawa manusia itu senantiasa tertanya-tanya. Dari pertanyaan siapakah yang menjadikan makhluk ini, sampailah kepada : Siapa pula yang menjadikan Allah ? Maka barangsiapa menemukan hal semacam itu, hendaklah dia membaca:

amantubillahiwarasuluh.jpg

Maksudnya : “Aku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.”

Al-Ustaz Abu al-Hasan as-Syazali pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menangkis atau menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya, sambil mengucapkan;

subhanalmaliki.jpg

Ertinya : “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci daripada kekurangan, yang Maha menciptakan sekalian makluk dan yang Maha Melakukan (apa yang dikehendakiNya)”.
Dibaca sebanyak tujuh kali. Kemudian dibaca pula;

in-yasha.jpg

Tafsirnya : “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu ( dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.” (Surah Ibrahim : 19-20)

Amalan tersebut bolehlah dilakukan sebelum seseorang mengangkat takbîratul ihrâm. Demikianlah di antara amalan-amalan dan do’a-do’a yang boleh diamalkan ketika diserang perasaan was-was ataupun lintasan-lintasan pemikiran yang tidak baik. Apabila penyakit was-was sudah hilang, mak dipelajari pula cara menyempurnakan niat ketika takbîratul ihrâm.

Menyebut satu persatu di dalam hati “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat tunai/qadha’ mengikut imam/menjadi imam kerana Allah Ta’ala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ‘sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ‘sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala. Yang dituntut hanyalah qashd (aku sembahyang), ta’aruddh (fardhu) dan ta’yin (Zuhur, Ashar dan sebagainya).

Adapun niat imam atau makmum ketika takbîratul ihrâm hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang selain daripada Jumaat tidaklah disyaratkan, bahkan hanya disunatkan.

Jika seseorang makmun tidak berniat mengikut imam ketika takbîratul ihrâm pada sembahyang fardhu selain daripada fardhu Jumaat, dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, ketika ruku’ umpamanya. Akan tetapi makruh dia berbuat begitu dan dia tidak mendapat pahala berjemaah melainkan setelah dia berniat mengikut imam.

Begitu juga dengan imam yang tidak berniat mejadi imam ketika takbîratul ihrâm atau ketika mengerjakan rukun yang lain, walaupun tidak membatalkan sembahyang tetapi tidak beroleh pahala berjemaah.

Manakala niat “Kerana Allah Ta’ala” juga tidak disyaratkan, bahkan hanya disunatkan sahaja. Namun tidak menjadi kesalahan untuk menghadirkan kesemuanya ke dalam hati jika mampu berbuat begitu.

Untuk lebih jelasnya, apabila seseorang hendak mengerjakan sembahyang Zuhur umpamanya, hendaklah dia menumpukan betul-betul dan menghadirkan dalam hatinya ataupun mengarahkan kemahuannya bahawa dia akan mengerjakan sembahyang fardhu Zuhur (qashd, ta’arrudh dan tayin) sebelum dia mengangkat takbîratul ihrâm. Maka ketika itu sunat menyebut lafaz niatnya dengan lidah, iaitu;

usalli-fardhal.jpg

Dalam pada itu. dihadirkan ke dalam hatinya atau diarahkan kemahuan di dalam kalbunya makna lafaz niat yang diucapkannya, iaitu : “Aku sembahyang fardhu Zuhur”. Apabila telah hadir di dalam hatinya, maka tatkala itu ucapkan dengan lidahnya: “Allahu Akbar”, sambil dikekalkan makna lafaz niat itu di dalam hati, dalam jangka jarak mengucapkan “Allahu Akbar”.Bagi sembahyang fardhu Jumaat ditambah satu lagi, iaitu berniat menjadi imam atau menjadi makmum. Sebagai contoh;

jumaat.jpg

Ertinya :”Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat menjadi makmum”.Jika tidak diniatkan menjadi imam atau menjadi makmum ketika takbîratul ihrâm, nescaya tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Bagi sembahyang Qashar, perkara-perkara yang manjadi tuntutan yang mesti disertakan ketika takbîratul ihrâm ialah qashad (aku sembahyang) ta’arrudh (fardhu), ta`yin (Zuhur) dan qasar.

Maka apabila keempat-empat perkara tersebut disatukan jadilah seperti berikut;

qasar.jpg

Ertinya : “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur qashar.”

Sementara bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat ketika takbîratul ihrâm dua perkara, iaitu qashad (aku sembahyang) ta’yin (sunat Hari Raya Adhha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

Termasuk juga dalam perkara ini, menentukan qabliyah dan ba’diyah dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sunat Zuhur, Maghrib dan ‘Isya, seperti dinyatakan dalam niat : “Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah.

Adapun sunat Subuh dan `Ashar tidaklah disyaratkan menentukan qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut tidak terdapat padanya melainkan sunat qabliyah sahaja.

Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbîratul ihrâm satu perkara sahaja iaitu qashad. Umpamanya seseorang berniat ketika mengangkat takbîratul ihrâm (Allâhu Akbar) : “Sahaja aku sembahyang”.

Begitulah kaedah bagi menyempurnakan niat di dalam sembahyang untuk panduan agar kita dapat menyempurnakan niat itu dengan betul dan akan terhindar daripada berasa was-was terutamanya ketika takbîratul ihrâm.

MAKLUMAT KEDUA

Dari laman weblog Lanmamat’s Weblog. URL http://lanmamat.wordpress.com/2007/11/17/kesilapan2-…

Tajuk: KESILAPAN-KESILAPAN KETIKA MENGERJAKAN SOLAT

Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan sembahyang. Malah ada yang melafazkannya dengan kuat sehingga mengganggu jema’ah di sebelahnya. Ini bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW. Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan sembahyang. Niat tidak dilafazkan. Dan tidaklah disebutkan dari Rasulullah SAW dan tidak pula ada petunjuk dari salah seorang sahabat bahwa niat itu dilafazkan. Niat bererti mensengajakan diri untuk sembahyang, menghambakan diri kepada Allah semata-mata, serta menguatkannya dalam hati. Rasulullah SAW bersabda: “Semua amal tergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapat (balasan) sesuai dengan niatnya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain) (Rujuk kitab Al Irwa’, hadis no. 22). Abu Dawud bertanya kepada Imam Ahmad. Dia berkata, “Apakah orang sembahyang mengatakan sesuatu sebelum dia takbir?” Imam Ahmad menjawab, “Tidak.” (Rujuk kitab Masaail al Imam Ahmad hal 31 dan kitab Majmuu’ al Fataawaa XXII/28). As Suyuthi berkata, “Yang termasuk perbuatan bid’ah adalah was-was (selalu ragu) sewaktu berniat sembahyang. Hal itu tidak pernah diperbuat oleh Rasulullah SAW mahupun para shahabat beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat sembahyang sedikitpun selain hanya lafaz takbir.” Malah Imam Syafi’i juga berkata, “Was-was dalam niat sembahyang dan dalam thaharah termasuk kebodohan terhadap syariat atau membingungkan akal.” (Rujuk kitab Al Amr bi al Itbaa’ wa al Nahy ‘an al Ibtidaa’). Maknanya, sesudah kita ambil wudhuk, kita mengadap ke arah kiblat. Lalu berniat dalam hati: “Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat raka’at tunai kerana Allah Taala.” (Sekadar contoh). Lalu kitapun bertakbir: Allahu Akbar. Tidak perlulah kita melafazkan “Usholli fardhu……………….” sebagaimana yang diamalkan oleh kebanyakan kita kerana amalan melafazkan niat ini bertentangan dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Ramai di kalangan kita, hanya tahu melafazkan niat tetapi tidak tahu pula makna yang dilafazkannya. Ada yang mengatakan bahwa niat itu adalah salah satu rukun dari rukun-rukun sembahyang maka hendaklah dimulai ketika mengangkat tangan takbiratul ihram sampai pada kata akbar, sebab rukun suatu amalan hendaklah berada di dalam amalannya.
Yang benar, niat adalah syarat semua amalan, bukan rukun dalam setiap amalan.

Contohnya ketika sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang rosak sembahyangnya: “Jika kamu bangkit hendak sembahyang, maka baguskanlah wudhukmu, kemudian mengadaplah ke arah kiblat lalu bertakbirlah, selanjutnya bacalah yang termudah bagimu dari Al-Qur’an.” (Hadis riwayat Imam Bukhari). Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahwa Rasulullah SAW memerintahkan untuk memulai sembahyang dengan perintah “bertakbirlah”, bukan dengan “melafazkan niat” , dan tidak juga “bertakbirlah dan sertakan niat dalam takbirmu” (Hal ini banyak dilakukan oleh masyarakat kita di Malaysia. Menyertakan niat ketika melafazkan takbir! Maka kerana itulah kita dapati ada orang yang takbiratul ihram berulang kali atas alasan niat tidak masuk sewaktu takbir). Na’uzubillah… Tidak ada suatu dalilpun daripada para sahabat yang mengatakan bahawa niat itu perlu dilafazkan. Ini kerana maksud kalimat “Jika kamu bangkit hendak sembahyang…” sudah menunjukkan suatu maksud keinginan untuk sembahyang. Itulah yang disebut niat.

Kalaulah memang niat adalah rukun sembahyang yang memerlukan lafaz khusus, nescaya Rasulullah SAW mengajarkannya kepada para sahabat. Seperti halnya bacaan tahyat. Ibnu Mas’ud RA berkata: “Rasulullah SAW mengajarku tahyat dan tanganku berada di antara kedua tangan beliau, sebagaimana beliau mengajarku Surah Al-Qur’an.” Sungguh sangat disayangkan adanya orang yang dihinggapi rasa was-was. Mereka terlihat seringkali dalam sembahyang mengulang-ulang takbiratul ihram, bahkan sampai imam telah rukuk pun ia belum selesai bertakbiratul ihram. Alasannya, kerana niat belum masuk ketika takbiratul ihram. Astaghfirullah……. Munculnya pendapat bahwa sembahyang wajib melafazkan niat dengan lisan adalah dari kesalahan fahaman Abdullah bin Az-Zubairy dalam mentafsir ucapan Imam As-Syafi’i: “Jika seseorang berniat haji atau umrah maka sudah cukup, walaupun tidak dilafazkan. Berbeza dengan sembahyang, tidak sah kecuali dengan ucapan.” Abdullah Az-Zubairy mengatakan bahwa Imam As-Syafi’i mewajibkan lafaz niat ketika mahu memulakan sembahyang”.

Imam An-Nawawi menuturkan: Para sahabat kami berkata: “Telah tersalah orang ini (Abdullah Az-Zubairy), bukanlah yang dimaksud Imam As-Syafi’i dengan ‘ucapan’ itu niat, tetapi yang dimaksudkan adalah takbir.”

Jadi, menisbatkan ‘Usholli’ kepada Imam As-Syafi’i itu tidaklah benar. Kalau memang ada ulama’ yang berpendapat seperti itu, maka seharusnya perkataan (sabda) dan amalan Rasulullah SAW wajib didahulukan, berbanding qaul para ulama’. Dan inilah dalil yang shahih, akan tetapi ramai di kalangan kita tidak memerhatikan dalil ini dengan akal yang terbuka. Kita jadi tahsub semberono tanpa berpandukan kepada nas dan dalil Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Nota: Terima kasih kepada sumber-sumber yang dinyatakan di atas kerana asbab ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama muslimin dan muslimat.


Blog yg boleh dirujuki:

1. http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-takbiratul-ihram-dan-mengangkat.html

2.http://nasron.wordpress.com/2008/01/02/islam-masalah-niat-dalam-solat-ketika-takbiratul-ihram/

3. http://sebentarcuma.blogdrive.com/archive/145.html





More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ